AMR MALAY - Header

 

English | Malay

Content1

   

     

          Rintangan antimikrob telah menarik perhatian seluruh dunia disebabkan ancamannya yang semakin meningkat terhadap kesihatan global. Istilah rintangan antimikrob adalah untuk menggambarkan keupayaan pelbagai jenis mikroorganisma, sebagai contohnya, parasit, virus, bakteria dan kulat, dalam meneutralkan kesan antimikrob yang sama ada untuk membunuh mereka atau menghalang pertumbuhan mereka. Akibatnya, kebanyakan jangkitan umum yang berupaya diubati oleh antimikrob dengan mudah sebelumnya  telah menjadi lebih sukar untuk diubati. Ia juga melewatkan penyempurnaan rawatan, meningkatkan tempoh penyakit dan akhirnya meningkatkan kos keseluruhan penjagaan kesihatan (WHO, 2016).

 

         Oleh sebab mikrob mempunyai keupayaan semula jadi untuk merintang terhadap kesan pemusnahan atau sifat penindasan antimikrob, ia bermungkinan membangunkan rintangan antimikrob pada setiap penggunaan. Strain rintangan mikrob berada di mana-mana sahaja. Mereka boleh didapati pada haiwan, manusia dan walaupun di persekitaran seperti tanah, air dan udara. Ia juga boleh didapati dalam makanan. Terdapat pelbagai laluan pennyebaran; antaranya ialah daripada manusia yang mempunyai jenis rintangan kepada manusia lain, daripada haiwan kepada manusia, dan dari persekitaran kepada manusia. Sebagai contohnya, penyebaran daripada haiwan ke manusia melalui pengambilan daging merupakan cara penyebaran yang paling umum. Mikrob rintangan ubat akan disebarkan kepada manusia jika memakan daging yang dicemarkan oleh strain rintangan mikrob tanpa diproseskan dengan betul atau tidak dimasak (WHO, 2016).

 

         Di Malaysia,  Laporan Survelan Rintangan Antibiotik Kebangsaan telah menunjukkan peningkatan rintangan Staphylococcus aureus terhadap methicillin (MRSA) daripada 17.2% pada tahun 2014 kepada 19.3% pada tahun 2015. Bagi Escherichia coli, walaupun peratusan strain rintangan E.coli terhadap ciprofloxacin kekal agak stabil dari 2013 hingga 2015, iaitu kira-kira 23.7% pada tahun 2015, namun rintagannya terhadap ampicillin telah meningkat daripada 66.2% pada tahun 2014 kepada 67% pada tahun 2015 (“NSAR - Institute for Medical Research, Malaysia,” 2015).

AMR MALAY 2

 

 

         Terdapat beberapa faktor boleh menyumbang kepada rintangan antimikrob. Salah satu faktor yang penting ialah pengambilan ubat antimikrob yang terlebih, terutamanya antibiotik. Walaupun seseorang dijangkiti virus seperti selesema atau sejuk, antibiotik juga diberi padahalnya antibiotik tidak sesuai diguna untuk jangkitan tersebut. Kajian juga menunjukkan bahawa antibiotik telah dipreskripsikan secara berlebihan di seluruh dunia. Dalam bidang penternakan atau pertanian, antibiotik diguna sebagai penggalak pertumbuhan. Ini telah meyebabkan penyebaran rintangan antimikrob yang semakin memecut (Ventola, 2015; WHO, 2016).

 

         Cara pengambilan antibiotik yang salah, misalnya berhenti makan antibiotik sesuka hati tanpa menyelesaikannya seperti yang dinyatakan atau pengambilan antibiotik dengan dos yang tidak mencukupi juga merupakan faktor-faktor rintangan antimikrob (WHO, 2016).

 

          Selain daripada pengambilan antibiotik secara berlebihan dan penyalahguanaan antibiotik, kawalan jangkitan yang tidak lengkap dan cukup atau ketidakjagakebersihan juga boleh meyebabkan penyebaran rintangan antimikrob..

 

  Oleh yang demikian, penyebaran rintangan antimikrob boleh disekat dengan mengurangkan penggunaan antimikrob. Dalam usaha untuk mengurangkan penggunaan antimikrob, kita harus mengelakkan diri daripada jangkitan. Vaksinasi, pengendalian makanan dengan cara yang bersih dan sentiasa membasuh tangan boleh mengelakkan diri daripda dijangkiti penyakit dan pada masa yang samanya, penyebaran rintangan antimikrob boleh dicegah (WHO, 2016).

 

          Untuk menangani isu-isu tersebut dengan berjaya , Perhimpunan Kesihatan Sedunia (World Health Assembly) telah muncul dengan pelan tindakan global pada Mei 2015. Sementara itu, kerajaan Malaysia telah mengambil beberapa langkah untuk membendung dan memerangi rintangan antimikrob. Program Survelan Rintangan Antibiotik Kebangsaan (NSAR) telah ditubuhkan sejak tahun 1997 di hospital-hospital kerajaan untuk mengesan kemunculan dan penentangan bakteria terhadap ubat-ubatan. Hospital-hospital di Malaysia telah melaksanakan penelitian yang kerap atas antibiotik yang diguna supaya penyalahgunaan antibiotik tidak akan berlaku. Terdapat juga ahli-ahli jawatankuasa jangkitan dan kawalan antibiotik di setiap hospital yang bertugas untuk merangka dan memohon algoritma dan garis panduan terapi antibiotik di persekitaran klinik (Arumugam, 2016; WHO, 2015).

 

References
- Antibiotic/Antimicrobial Resistance | CDC [WWW Document], n.d. URL https://www.cdc.gov/drugresistance/about.html (accessed 4.5.17).
- Arumugam, T., 2016. Action needed to tackle threat of antimicrobial resistance [WWW Document]. NST Online. URL http://www.nst.com.my/node/139559 (accessed 4.6.17).
- NSAR - Institute for Medical Research, Malaysia [WWW Document], 2015. URL http://www.imr.gov.my/en/component/content/article/75-english-content/national-collabration/1469-nsar-main.html (accessed 4.6.17).
- Ventola, C.L., 2015. The Antibiotic Resistance Crisis. Pharm. Ther. 40, 277–283.
- WHO | Antimicrobial resistance [WWW Document], 2016. WHO. URL http://www.who.int/mediacentre/factsheets/fs194/en/ (accessed 4.5.17).
- WHO | Global action plan on AMR [WWW Document], 2015. WHO. URL http://www.who.int/antimicrobial-resistance/global-action-plan/en/ (accessed 4.5.17).
-WHO | What is antimicrobial resistance? [WWW Document], 2016. WHO. URL http://www.who.int/features/qa/75/en/ (accessed 4.5.17).